













SIARAN AKHBAR
TOMEI KEMBALIKAN NOSTALGIA AIDILFITRI DENGAN
SENTUHAN REKAAN KONTEMPORARI
KUALA LUMPUR, 3 Mac – Apabila berbicara mengenai nostalgia raya, tentu ramai di antara kita yang mempunyai memori ibu membawa keluar koleksi emasnya di pagi raya untuk dipakaikan kepada anak-anak perempuannya. Betapa ini membuktikan yang emas mempunyai nilai yang tinggi bukan terhad kepada nilai pelaburan sahaja malahan nilai yang meninggalkan memori yang mendalam.
Inilah yang cuba Tomei sampaikan dalam Koleksi Nostalgia Aidilfitri 2023. Menerusi rekaan klasik yang diberi sentuhan kontemporari, koleksi tahun ini menyaksikan gabungan emas putih dan emas kuning dalam kebanyakan rekaannya, sesuai dengan permintaan dan minat masyarakat masa kini. Selain itu, terdapat juga koleksi berlian dan batu permata dalam pelbagai warna, khas buat mereka yang lebih gemarkan barang kemas bertatah berlian berbanding emas kuning.
Walaupun koleksi pada tahun ini ditampilkan dalam tema yang klasik, tetapi ia juga diberi nafas moden menerusi gabungan rekaannya serta tata rias yang terlihat. Ditampilkan dengan rona-rona busana yang terang, ia memberikan sentuhan yang begitu segar terhadap barangan kemas. Ia juga memberikan idea bagaimana emas boleh digayakan oleh pemakai untuk tampil berseri di pagi raya.
Sama ada anda memilih untuk memakai baju kurung, kebaya, baju moden mahupun kasual, koleksi Nostalgia Tomei 2023 pasti akan membuatkan pemakai tampil lebih anggun dan menawan. Untuk mereka yang gemarkan loket, ada juga pilihan loket untuk dipakai bersama rantai sama ada yang pendek mahupun rantai labuh.
Selain itu, koleksi Nostalgia Tomei 2023 ini juga akan memberikan pembelian yang berbaloi buat pelanggan kerana rekaannya yang evergreen dan diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ibu-ibu boleh menyimpannya untuk diberikan pula kepada anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
Antara koleksi baharu yang dikeluarkan pada tahun ini ialah, Koleksi Anastasia, Cutting Edge, Orked, Melur, Seroja, Dahlia dan Chomel untuk emas kuning, manakala terdapat juga Koleksi Le Lumiere, Camellia, Rose dan Gardenia untuk koleksi bertatahkan berlian dan permata. Koleksi ini boleh didapati di cawangan Tomei serata Malaysia bermula Mac ini.
Layari laman sesawang www.etomei.com dan ikuti media social MyTomei untuk maklumat lanjut.
-TAMAT-






Koleksi Dahlia
Oh so glamorous! Walau klasik, rekaan rantai tangan Dahlia kekal elegan dan memukau. Gabungan emas dan sentuhan berlian menaikkan lagi seri pemakai.




Koleksi Anastasia
Be different! Gelang Anastasia emas kuning 916 membuatkan dirimu tampil lebih menyerlah. Rekaan moden kontemporari dengan criss-cross emas putih, pasti matching dengan apa jua busana Raya yang anda gayakan.




Koleksi Anastasia
Young… or young at hearts? Lebih moden dengan gelang rekaan emas chunky yang menampilkan diri anda dengan gaya bersahaja but still mewah dan glamor!


Koleksi Anastasia
Segar dan trendy, itulah look yang harus digayakan Aidilfitri ini. Sesuai untuk anda yang gemarkan perhiasan ringkas tetapi masih lagi bergaya dan mengikut trend.




Koleksi Seroja
Sebentuk cincin Seroja menyerlahkan lagi keanggunan si pemakai. Rekaan mewah menambah seri dengan gabungan emas putih. So outstanding!





Koleksi Cutting Edge
Jari yang manis bertambah manis dengan sebentuk cincin Cutting Edge. Rekaan yang seakan-akan bertatah berlian penuh membuatkan anda memukau persis seorang jelitawan. A true beauty, definitely!






Koleksi Melur



Koleksi Orked
So intricate, halus dan berseni. Begitulah rekaan loket Orked dengan gabungan unik emas putih dan kuning. Pasti memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.









Koleksi Chomel
Jari yang manis bertambah manis dengan sebentuk cincin Cutting Edge. Rekaan yang seakan-akan bertatah berlian penuh membuatkan anda memukau persis seorang jelitawan. A true beauty, definitely!



Koleksi Gardenia
Only one word – ELEGAN! Tampil mewah dan memukau dengan loket berlian koleksi Gardenia. Persis bidadari dihiasi permata yang bergemerlapan, begitulah anggunnya loket ini terutama sekali jika digayakan dengan busana moden.
Umpama bunga yang berkembang mekar, disinari cahaya bulan. Begitulah indahnya loket mawar ini apabila disatukan dengan kalungan emas putih. A must-have!






Koleksi Camellia
So chic, so charming! Untuk #TomeiGirls yang gemarkan permata, koleksi cincin permata Camellia ini pastinya menjadi pilihan. Moden dan glamor bertemu dalam satu.




Koleksi Rose
Just like a true princess, kalungan permata kuning dihiasi butiran berlian, pastinya memukau pandangan siapa saja yang melihatnya. Elegan dan glamor truly one of the must-have pieces!




Koleksi Royal



Koleksi Magnolia


